Mesej SMS boleh dibaca dan dihantar bila-bila masa (tidak termasuk keadaan bila talian telco bermasalah). Memandangkan handphone boleh dikatakan sebuah alat yang “wajib ada” pada seseorang, handphone sentiasa ada. Tidak kira di mana anda berada sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah
SMS boleh dihantar kepada handphone lain walau dalam keadaan dimana handphone penerima SMS tidak dihidupkan sama ada disebabkan tiada network coverage, tiada bateri atau handphone tersebut rosak. SMS yang dihantar akan disimpan terlebih dahulu sebelum dihantar ke handphone penerima pada ketika handphone tersebut bersedia dalam rangkaian telco
SMS adalah telekomunikasi ’sunyi & bisu’. Ini merujuk kepada keadaan dimana SMS boleh dibaca dan dibalas pada bila- bila masa tanpa mengganggu persekitaran. Menaip mesej juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang mengganggu. Tidak seperti talian telefon, seseorang yang terpaksa menjawab sesuatu panggilan dan dalam masa yang sama terpaksa ‘mengganggu’ persekitaran. Contohnya di bank yang melarang menggunakan handphone
SMS adalah platform yang matang. SMS disokong oleh pelbagai telco atau network carrier di pelbagai negara. SMS juga disokong handphone berteknologi GSM menjadikan ia lebih global